Monday, 8 December 2014

"Resepi Kuah Rojak Petis"


Bahannya :

  • 600 grm gula merah dimasak dengan 2 cawan air
  • 400 grm gula pasir
  • 1 cawan cili kering kisar halus (ikut kepedasan yg disukai)
  • 1 botol kicap pekat (330ml)
  • 1 botol cili sos (340g)
  • 1 botol otak udang (240g)
  • 1/2 keping belacan dihancurkan dengan sedikit air
  • 50grm bijan
  • 300 gram kacang yg siap ditumbuk
  • 4 cawan air sejuk
Caranya :

  1. Masak gula merah dengan 2 cawan air, bila telah mendidih angkat dan ditapis.
  2. Satukan kesemua bahan dalam periuk kecuali bijan dan kacang tumbuk, kacau rata.
  3. Masak sehingga kuah memekat. Bila kuah dah pekat masukan bijan, kacau sekata, tutup api.
  4. Kacang tumbuk boleh di masuk bersama kuah rojak atau ditaburkan diatas kuah rojak apabila hendak memakannya.
  5. Sejukan kuah dan simpan kuah rojak didalam bekas kedap udara, kemudian boleh disimpan didalam peti sejuk.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...