Tuesday, 25 November 2014

Resepi "Nasi Briyani Gam Daging"


Bahan-Bahan:
Bahan Nasi:
1.2 kg beras basmathi
250gm minyak sapi
1 sudu teh buah pelaga
2.5cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga lawang
1 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh saffron | boleh juga menggunakan pewarna kuning biasa
6 ulas bawang putih | dihiris halus
2.5cm halia | dihiris halus
5 sudu makan pes rempah beriyani
100gm gajus
100gm kismis
1250ml air
Garam secukup rasa
Bahan Lauk:
1.5kg daging
250gm bawang besar | dimayang
250gm rempah beriani
100gm rempah tumis
150gm gula Melaka
100gm daun ketumbar | dihiris
100gm daun pudina | dihiris
300ml minyak sapi
250ml madu
250ml puri tomato
250ml sos tomato
250ml sos cili
175ml susu cair
Garam secukup rasa
Bahan Kisar:
200gm bawang merah
150gm bawang putih
150gm halia
100gm kunyit hidup
100gm buah keras
150gm cili merah
150gm cili hijau
4 batang serai
Cara Memasak:
1. Pijarkan minyak sapi di dalam periuk, tumiskan buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang, jintan manis beserta bahan-bahan yang dihiris sehingga wangi
.
2. Masukkan rempah beriyani dan kacau rata sehingga naik bau.
3. Seterusnya masukkan beras dan kacau rata.
4. Masukkan air sehingga menutup beras dan kacau rata.
5. Masukkan saffron, gula dan garam secukup rasa.
6. Kecilkan api. Masak nasi sehingga masak. Taburkan gajus dan kismis.
7. Untuk lauk, panaskan minyak sapi di dalam periuk dan tumiskan bawang besar serta bahan kisar lain sehingga garing.
8. Kemudian masukkan rempah beriani dan rempah tumis. Kacau rata sehingga pecah minyak.
9. Seterusnya masukkan daging kambing dan gaul sebati.
10. Masukkan puri tomato, sos tomato, sos cili, madu, gula melaka dan susu cair. Didihkan. Tambah sedikit air jika perlu.
11. Akhir sekali perasakan dengan garam secukupnya. Apabila kuah hampir kering, taburkan daun pudin adan daun ketumbar. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...