Monday, 19 January 2015

SARDINE MASAK MASAM MANIS

SARDINE MASAK MASAM MANIS


BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin besar sardine (sebarang jenama) asingkan ikan dan sosnya
1 batang serai, diketuk
1 biji cili merah, hiris
1 biji bawang besar hiris kasar
1 batang leek, kerat pendek dan rendam
1 inci halia, hiris dan ketuk2 sedikit
3 ulas bawang putih, belah 2 setiap 1 dan diketuk sedikit
2 camca besar cili kisar
2 1/2 camca besar sos cili
1 camca besar sos tiram
2 biji limau kasturi, perah jusnya
Garam secukup rasa
Hirisan daun kucai untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halia dan serai hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Tambah sos tiram, sos cili dan bawang besar. Kacau rata dan masukkan leek (toskan). Masak sekejap, guna api kecil dan kacau sekali sekala.
  2. Masukkan 3 - 4 camca besar sos dari ikan sardine tadi. Kacau dan masukkan ikan sardine dan cili merah. Gaul perlahan. Tambah garam secukup rasa dan masak hingga pekat. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi. Kacau dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun kucai sebelum dihidangkan.

Tuesday, 13 January 2015

Zizan dan Emma Kembali Mesra (Foto-Foto)

Zizan dan Emma Kembali Mesra (Foto-Foto)

Zizan Dan Emma Mesra
Bagai badai melanda begitulah hubungan kedua pelakon tanahair Zizan Razak dan Emma Maembong.Keretakan yang melanda di kabarkan telah pulih seperti sediakala.

Buat peminat pasangan ini yang sentiasa mendoakan mereka untuk kembali bersama, ini ada satu berita gembira untuk anda semua apabila Zizan Razak sendiri hari ini mengakui yang beliau kini sudah kembali bersama Emma Maembong.
“Saya tak mahu kongsi tentang perkara itu kerana bagi saya ia sudah selesai, kami sudah kembali bersama dan ia tidak perlu diperbesarkan lagi. Saya hanya harap yang terbaik dan minta semua peminat mendoakan kami. Sekarang masa saya untuk beri perhatian kepada kerjaya,” ujarnya.
#61 Takut Peminat Bosan, Emma Maembong Malas Cakap Pasal Kahwin - ROTIKAYA
#58 Takut Peminat Bosan, Emma Maembong Malas Cakap Pasal Kahwin - ROTIKAYA
Emma Maembong Kini Malas Cakap Pasal Kahwin - ROTIKAYA

Foto-foto Anggun Rozita Che Wan (Che Ta) Semasa Muda.


Foto-foto Anggun Rozita Che Wan (Che Ta) Semasa Muda.

Walaupun telah menginjak usia,Rozita Che Wan ataupun lebih mesra di sapa Che Ta masih mamapu mengekalkan keanggunan wajahnya.

Apapun petua yang di amalkan,admin rasa tentunya ianya hasil dari penjagaan permakanan yang sempurna serta kekerapannya melakukan senaman bagi mengekalkan bentuk tubuh menawan.

Bagaimana pula anggunnya Che Ta ketika muda?

Lihat foto-foto Che Ta yang memang anggun sewaktu muda.Cuba teka yang mana Che Ta pada gambar terakhir.





Monday, 8 December 2014

"Resepi Kuah Rojak Petis"


Bahannya :

  • 600 grm gula merah dimasak dengan 2 cawan air
  • 400 grm gula pasir
  • 1 cawan cili kering kisar halus (ikut kepedasan yg disukai)
  • 1 botol kicap pekat (330ml)
  • 1 botol cili sos (340g)
  • 1 botol otak udang (240g)
  • 1/2 keping belacan dihancurkan dengan sedikit air
  • 50grm bijan
  • 300 gram kacang yg siap ditumbuk
  • 4 cawan air sejuk
Caranya :

  1. Masak gula merah dengan 2 cawan air, bila telah mendidih angkat dan ditapis.
  2. Satukan kesemua bahan dalam periuk kecuali bijan dan kacang tumbuk, kacau rata.
  3. Masak sehingga kuah memekat. Bila kuah dah pekat masukan bijan, kacau sekata, tutup api.
  4. Kacang tumbuk boleh di masuk bersama kuah rojak atau ditaburkan diatas kuah rojak apabila hendak memakannya.
  5. Sejukan kuah dan simpan kuah rojak didalam bekas kedap udara, kemudian boleh disimpan didalam peti sejuk.

Sunday, 7 December 2014

"Pasta Fettuccine Carbonara"




Bahan - Bahannya:

200gm Pasta Fettucine


15gm Minyak Zaitun


10gm Bawang Putih (dicincang halus)


175gm Ham Ayam Belanda


175gm Cendawan Butang


300gm Prego cendawan Carbonara


90gm Keju Parmesan (diparut)


5gm Buah Pala


10gm Garam


5gm Lada Putih


Cara Membuatnyer:



1) Rebuskan pasta ke dalam air yang mendidih selama 5 minit kemudian tos hingga kering.


2) Panas minyak zaitun, tumiskan bawang putih, cendawan butang dan ham ayam belanda. Kacau sehingga sebati.


3) Campurkan Prego Cendawan Carbonara, tamabahkan garam dan lada putih serta sedikit buah pala.


4) Tuangkan sos yang telah di asak tadi ke atas pasta. Enak dimakan ketika panas, taburkan juga parutan keju parmesan jika suka.

Saturday, 6 December 2014

"kari kepala ikan" salmon


Bahan-bahan


2 biji bawang besar dimayang halus

2 ulas bawang putih dimayang halus

1 kepala ikan salmon – bersaiz besar (sekitar 600gm) dibelah dan dibersihkan.

2 bungkus rempah kari ikan

1 sudu besar halba campur

8-10 biji kacang bendi

2 biji tomato

1 biji cili merah – terpulang ikut kepedasan masing-masing.

1 tangkai daun kari

1 sudu kecil pes asam jawa

garam secukup rasa

sedikit air dan minyak untuk menumis


Cara Penyediaan


1.Bancuhkan serbuk kari bersama 2 cawan air dan pes asam jawa kemudian ketepikan.

2.Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halba campur sampai naik bau. Masukkan daun kari dan kacau lagi sehingga kekuningan.

3.Masukkan rempah/serbuk kari yang dibancuh tadi dan kacau rata sehingga terbit minyak.

4.Tambahkan air mengikut kadar kepekatan yang disukai dan biarkan mendidih.

5.Kemudian  masukkan kacang bendi dan tomato dan garam secukup rasa dan kemudian masukkan kepala ikan tadi.

6.Perlahankan api dan biarkan seketika sehingga naik minyak.

7.Siap dan hidangkan.

Resepi "Seri kaya" buatan sendiri


 BAHAN BAHAN

Seri Kaya

4 biji kuning telur saiz besar
300ml pati santan segar (saya guna dalam kotak)
200g gula kastor
2 helai daun pandan disimpul (saya guna paste pandan)
garam secukup rasa

Caramel

60g gula pasir
130ml air


CARA CARA

Caramel

1. Didalam periuk kecil, masukkan gula. Biarkan gula menjadi karamel keperangan. Jangan terlalu hitam sangat ya. Nanti pahit pulak.
2. Kecilkan api dan dengan segera masukkan air kedalamnya. PASTIKAN anda jauh sikit dari dapur ketika masukkan air kedalam periuk berisi karamel kerana karamel memercik. HATI HATI ya!

Seri Kaya

1. Didalam mangkuk lain, masukkan kuning telur dan gula, Kacau sebati. Masukkan pula garam dan pati santan. Kacau sehingga gula larut.
2. Dengan perlahan, masukkan air karamel yang panas tadi kedalam bekas berisi adunan santan. Masukkan sambil mengacau adunan. Nanti berketul pulak.
3. Nak selamat, tapiskan adunan dan masukkan kembali kedalam periuk.
4. Gunakan api sederhana. Gunakan senduk kayu dan kacau adunan sehingga menjadi seperti kastard. Ketika ini, adunan akan berbuih dan pekat.
5. Kecilkan api dan teruskan mengacau. Buih2 pada adunan akan mulai hilang dan adunan semakin licin dan berkilat. Tapi masih belum likat dan pekat. Teruskan mengacau lebih kurang 45-60minit.
6. Adunan akan semakin likat dan berkilat. Jika dah pekat bagi anda, matikan api. Adunan akan menjadi lebih likat ketika sejuk.
7. Sementara tunggu adunan likat, bekas kaca untuk seri kaya hendaklah direbus dengan air panas. Ini untuk menjadikan seri kaya lebih tahan lama. Rebus bekas dengan penutupnya. Kemudian, keringkan. Barulah boleh dimasukkan seri kaya yang dah siap tadi kedalamnya.
8. Jika seri kaya sudah berada pada suhu bilik, boleh lah dimasukkan kedalam peti ais untuk jangka hayat lebih lama.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...